Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Kemendor telah dibuka pada tahun 1956. Bermula daripada sebuah kawasan kem komando yang didiami oleh askar British dan Ghurka yang dikeliling hutan belantara, ia dibersihkan dan dijadikan petempatan. Pada awalnya ia dikenali sebagai Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Kemendor. Nama Felda Kemendor diambil daripada kem komando. Namun ada juga yang mengatakan bahawa ia diambil sempena nama seorang buruh Indonesia yang bernama Kang Kandol. Dalam novel karya Usman Awang ada menyatakan bahawa Kemendor pada era 1950an adalah kawasan hitam yang didiami oleh para komunis.Nama Kemendor diambil bersempena dengan nama komando dan kekal sehingga ke hari ini.
Apabila tanah mula dibersihkan dengan bantuan FELDA, petempatan pertama mula didirikan. Para peneroka awal ditempatkan di berek kem tinggalan tentera. Hutan belantara dibersihkan dijadikan kawasan ladang dan petempatan. Felda Kemendor telah dibangunkan kepada tiga peringkat. Satu persatu kemudahan awam disediakan bagi para peneroka. Pada tahun 1960, sebuah sekolah telah dibina untuk anak-anak peneroka dan ditempatkan di bangunan berhampiran kawasan kem. Tuan Haji Tawi bin Yaakob dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Tuan Hj. Kidam bin Saamin dan Puan Haja Saeiyah binti Yaakob dengan 73 orang murid.
Pada 6 April 2007, semua FELDA di Melaka telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai gugusan Tun Ghafar. Nama ini diambil bersempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan dan pembangunan FELDA khususnya di negeri Hang Tuah ini. Maka sejak itu FELDA Kemendor telah diwartakan dengan nama FELDA Tun Ghafar Kemendor.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERTANDINGAN MEWARNA : AZAM SAYA 2024
Aktiviti Terkini | 27 Disember 2023PEDi Taman Seri Kemendor telah menganjurkan Pertandingan Mewarna dengan bertemakan Azam Saya 2024...baca selanjutnya
HARI TERBUKA EUSAHAWAN MDEC
Aktiviti Terkini | 18 November 2023Program ini memberi fokus kepada usahawan tempatan yang mahu menggunakan platform digital sebagai salah satu alternatif perniagaan....baca selanjutnya
JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA BERSEMPENA SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO (SMIX) 2023
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2023Jelajah Saya Digital Negeri Melaka di bawah anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC)...baca selanjutnya
PROGRAM SEMARAK HARI MALAYSIA 2023 PERINGKAT DUN RIM
Aktiviti Terkini | 16 September 2023PEDi Taman Seri Kemendor telah terlibat sebagai salah satu agensi dalam Program Semarak Hari Malaysia 2023 Peringkat Dun Rim. Pelbagai agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia, FAMA, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain telah menganjurkan program ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik...baca selanjutnya
PROGRAM RIANG RIA MERDEKA: PERTANDINGAN MEWARNA BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2023Menganjur program yang melibatkan masyarakat setempat di setiap peringkat umur.................baca selanjutnya
PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH (INISIATIF BERSAMA KOMUNITI SEJAHTERA)
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023Meningkatkan pengetahuan Persatuan Penduduk berkenaan kepentingan peranan mereka dalam memastikan keselamatan di kawasan komuniti masing-masing................baca selanjutnya
PROGRAM MICROBIT
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023Menggunakan pembelajaran sains komputer dengan sumber dan panduan dalam talian melalui Future Skills For All................baca selanjutnya
MESYUARAT HALATUJU DAN PERANAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA BERSAMA YB EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA 2023
Aktiviti Terkini | 22 Mei 2023Memperkenal peranan dan fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDi)...............baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA
Aktiviti Terkini | 9 April 2023Mengadakan aktiviti bermanfaat dan produktif sepanjang bulan Puasa..............baca selanjutnya
PROGRAM KUIZ KAHOOT BULAN RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2023Menambah pengetahuan umum berkenaan Ibadah Berpuasa di bulan Ramadhan.............baca selanjutnya
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PENDUDUK KAMPUNG SERI KESANG
Aktiviti Terkini | 8 Februari 2023Memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk membuat saringan kesihatan secara percuma............baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA TAHUN BARU
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023Menyambut tahun baru 2023 dengan aktiviti yang menarik...........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya