Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Felda Kemendor telah dibuka pada tahun 1956. Bermula daripada sebuah kawasan kem komando yang didiami oleh askar British dan Ghurka yang dikeliling hutan belantara, ia dibersihkan dan dijadikan petempatan. Pada awalnya ia dikenali sebagai Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Kemendor. Nama Felda Kemendor diambil daripada kem komando. Namun ada juga yang mengatakan bahawa ia diambil sempena nama seorang buruh Indonesia yang bernama Kang Kandol. Dalam novel karya Usman Awang ada menyatakan bahawa Kemendor pada era 1950an adalah kawasan hitam yang didiami oleh para komunis.Nama Kemendor diambil bersempena dengan nama komando dan kekal sehingga ke hari ini.

Apabila tanah mula dibersihkan dengan bantuan FELDA, petempatan pertama mula didirikan. Para peneroka awal ditempatkan di berek kem tinggalan tentera. Hutan belantara dibersihkan dijadikan kawasan ladang dan petempatan. Felda Kemendor telah dibangunkan kepada tiga peringkat. Satu persatu kemudahan awam disediakan bagi para peneroka. Pada tahun 1960, sebuah sekolah telah dibina untuk anak-anak peneroka dan ditempatkan di bangunan berhampiran kawasan kem. Tuan Haji Tawi bin Yaakob dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Tuan Hj. Kidam bin Saamin dan Puan Haja Saeiyah binti Yaakob dengan 73 orang murid.

Pada 6 April 2007, semua FELDA di Melaka telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai gugusan Tun Ghafar. Nama ini diambil bersempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan dan pembangunan FELDA khususnya di negeri Hang Tuah ini. Maka sejak itu FELDA Kemendor telah diwartakan dengan nama FELDA Tun Ghafar Kemendor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Digi Academy: Digital Literacy Programme’

Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan Tahun

Merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya

Gotong-Royong Tahun 2018

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2018

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahagian dalam dan luar pusat internet... baca selanjutnya

Pertandingan Blocked In

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2018

Peserta mendaftarkan diri pada petugas. Peserta dibahagikan dalam 4 kumpulan bagi memudahkan proses pertandingan... baca selanjutnya

Pertandingan Mereka Cipta Projek Arduino Digi Academy

Aktiviti Terkini | 18 November 2018

Menguji kefahaman pelajar yang terlibat dengan program Digi Academy tentang setiap pembelajaran berkaitan arduino... baca selanjutnya

Digi Academy – Design Thinking

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya

Pertandingan Kuiz Digi Academy 2

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2018

Program bertujuan untuk enguji kefahaman pelajar yang terlibat dengan program Digi Academy tentang setiap pembelajaran berkaitan Arduino... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia

Aktiviti Terkini | 8 September 2018

Peserta mendaftarkan diri pada petugas pertandingan. Pertandingan dimulakan dan penilaian pemenang berdasarkan hasil kerja mewarna yang terbaik selepas peserta selesai mewarna. Majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan tersebut... baca selanjutnya

Program Kuiz Digi Academy

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2018

Pelajar mengambil tempat duduk bagi menjawab kuiz yang telah disediakan. Selesai kuiz dijalankan, pemarkahan kuiz dibuat dan penyampaian hadiah kepada pemenang... baca selanjutnya

Program Bengkel IOT Bersama MCMC & Jabatan Pelajaran Negeri Melaka

Aktiviti Terkini | 9 - 11 Julai 2018

Peserta membuat pendaftaran pada hari pertama. Bengkel ini di ajar oleh Mohd Ariffin Zulkifli dari MyInvent Technologies Sdn Bhd. Pada hari terakhir, peserta perlu mencipta satu projek berdasarkan hasil pembelajaran... baca selanjutnya

Pertandingan Permainan Baca Gerak Bibir

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2018

Dapat mengetahui cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat melalui gerak bibir dan peserta dapat mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Karangan

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Peserta diberi taklimat peraturan pertandingan dan peserta perlu membuat karangan dalam tempoh masa yang diberi... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik dengan Bijak di Sekolah Kebangasaan Sri Lanang

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2018

Taklimat Klik dengan Bijak kepada para pelajar dan guru cara penggunaan internet dan media sosial dengan betul. Selain itu, mendidik para pelajar dan guru mengenalpasti bentuk-bentuk jenayah siber... baca selanjutnya

Pertandingan Word Search

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2018

Dapat merangsang kemahiran berfikir dan menguatkan daya ingatan dalam kalangan peserta dan meningkatkan konsentrasi peserta dalam melakukan sesuatu tugas yang diberi... baca selanjutnya

Pertandingan ‘Uno Block’

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Aktiviti ini bertujuan baik dalam menganjurkan aktiviti Pertandingan Uno Block di PI1M Kemendor... baca selanjutnya