PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH (INISIATIF BERSAMA KOMUNITI SEJAHTERA)

Aktiviti terkini | 16 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Nama VIP :
• DSP Norazlinda binti Hj Nordin, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPK Melaka.
• YDH DSP Ahmad Jamil bin Radzi, Ketua Polis Daerah Jasin.
• YBrs Puan Mimi Suhaili Salme binti Haini, Penolong Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka.
• YBrs Encik Norshahril bin Saad, Penolong Jurutera, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa MPJ.


Ringkasan Aktiviti :
Program Pencegahan Jenayah (Inisiatif Bersama Komuniti Sejahtera) anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin melibatkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk dalam Daerah Jasin.

Tujuan :
• Meningkatkan pengetahuan Persatuan Penduduk berkenaan kepentingan peranan mereka dalam memastikan keselamatan di kawasan komuniti masing-masing
• Memahami peranan yang dimainkan oleh setiap agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti.
• Menggalakkan kerjasama antara Persatuan Penduduk dengan jabatan dan agensi yang berkaitan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan komuniti masing-masing.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan sarapan pagi.
• Taklimat Peranan Komuniti Dalam Pencegahan Jenayah oleh DSP Norazlinda binti Hj Nordin, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPK Melaka.
• Sesi Dialog bersama ahli panel terdiri daripada YDH DSP Ahmad Jamil bin Radzi, Ketua Polis Daerah Jasin, YBrs Puan Mimi Suhaili Salme binti Haini, Penolong Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka dan YBrs Encik Norshahril bin Saad, Penolong Jurutera, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa MPJ.
• Penyampaian sijil dan sesi bergambar.


Kelebihan Aktiviti :
• Menerima maklumat secara terus daripada pihak berkuasa.
• Menyampaikan usul dan perbincangan antara komuniti dan pihak yang berkaitan.
• Memupuk kerjasama antara komuniti dan agensi-agensi kerajaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :