Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Kemendor telah dibuka pada tahun 1956. Bermula daripada sebuah kawasan kem komando yang didiami oleh askar British dan Ghurka yang dikeliling hutan belantara, ia dibersihkan dan dijadikan petempatan. Pada awalnya ia dikenali sebagai Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Kemendor. Nama Felda Kemendor diambil daripada kem komando. Namun ada juga yang mengatakan bahawa ia diambil sempena nama seorang buruh Indonesia yang bernama Kang Kandol. Dalam novel karya Usman Awang ada menyatakan bahawa Kemendor pada era 1950an adalah kawasan hitam yang didiami oleh para komunis.Nama Kemendor diambil bersempena dengan nama komando dan kekal sehingga ke hari ini.
Apabila tanah mula dibersihkan dengan bantuan FELDA, petempatan pertama mula didirikan. Para peneroka awal ditempatkan di berek kem tinggalan tentera. Hutan belantara dibersihkan dijadikan kawasan ladang dan petempatan. Felda Kemendor telah dibangunkan kepada tiga peringkat. Satu persatu kemudahan awam disediakan bagi para peneroka. Pada tahun 1960, sebuah sekolah telah dibina untuk anak-anak peneroka dan ditempatkan di bangunan berhampiran kawasan kem. Tuan Haji Tawi bin Yaakob dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Tuan Hj. Kidam bin Saamin dan Puan Haja Saeiyah binti Yaakob dengan 73 orang murid.
Pada 6 April 2007, semua FELDA di Melaka telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai gugusan Tun Ghafar. Nama ini diambil bersempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan dan pembangunan FELDA khususnya di negeri Hang Tuah ini. Maka sejak itu FELDA Kemendor telah diwartakan dengan nama FELDA Tun Ghafar Kemendor.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERTANDINGAN RAPID TYPING
Aktiviti Terkini |22 Disember 2019Menguji ketangkasan peserta dalam menaip....baca selanjutnya
PERTANDINGAN PICKUP STICKS
Aktiviti Terkini |17 November 2019Menguji kecekapan peserta dalam mengambil setiap batang plastik berwarna....baca selanjutnya
HARI KEUSAHAWANAN & HARI KANAK-KANAK SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN (PAMERAN)
Aktiviti Terkini |10 Oktober 2019Menyampaikan maklumat kepada pengunjung berkaitan Pusat Internet dan Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 7 September 2019Memberi penekanan kesan-kesan penyalahgunaan internet dan tindakan undang-undang....baca selanjutnya
PAMERAN CARING BRIDGE SEMPENA PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG
Aktiviti Terkini |2-4 Ogos 2019Menyampaikan maklumat kepada pengunjung berkaitan Analog Switch Off yang sedang dijalankan pihak kerajaan dalam menukar system siaran tv analog kepada siaran tv digital....baca selanjutnya
PERTANDINGAN SENARAIKAN PERKATAAN TERBANYAK
Aktiviti Terkini | 28 julai 2019Menguji minda peserta untuk menyenaraikan seberapa banyak perkataan melalui huruf hadapan perkataan & kategori yang diberi...baca selanjutnya
PERTANDINGAN KUIZ HARI RAYA
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019Pertandingan ini bertujuan menarik minat kanak-kanak setempat untuk datang ke Pusat Internet Seri Kemendor....baca selanjutnya
Pertandingan Jigsaw Puzzle Raya
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019Dapat menguji kecekapan peserta dalam menyusun puzzle dengan pantas dan menguji ketajaman minda peserta ketika menyusun puzzle... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 5 April 2019Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul... baca selanjutnya
Program Taklimat & Kuiz Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)
Aktiviti Terkini | 31 Mac 2019Bertujuan untuk mendidik peserta kepentingan mengenalpasti setiap maklumat yang diterima sebelum disebar dan mencegah perbuatan penyebaran maklumat palsu dengan memberi pemahaman tentang kesan penyebaran maklumat palsu... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2019Menyampaikan maklumat bersifat pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawalselia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan bijak... baca selanjutnya
Klik dengan bijak 2019
Aktiviti Terkini | 18 Januari 2019Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar Tadika Kemas. Pendedahan awal ini diharapkan dapat mendidik pelajar supaya dapat menggunakan komputer dengan baik... baca selanjutnya