Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Felda Kemendor telah dibuka pada tahun 1956. Bermula daripada sebuah kawasan kem komando yang didiami oleh askar British dan Ghurka yang dikeliling hutan belantara, ia dibersihkan dan dijadikan petempatan. Pada awalnya ia dikenali sebagai Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Kemendor. Nama Felda Kemendor diambil daripada kem komando. Namun ada juga yang mengatakan bahawa ia diambil sempena nama seorang buruh Indonesia yang bernama Kang Kandol. Dalam novel karya Usman Awang ada menyatakan bahawa Kemendor pada era 1950an adalah kawasan hitam yang didiami oleh para komunis.Nama Kemendor diambil bersempena dengan nama komando dan kekal sehingga ke hari ini.

Apabila tanah mula dibersihkan dengan bantuan FELDA, petempatan pertama mula didirikan. Para peneroka awal ditempatkan di berek kem tinggalan tentera. Hutan belantara dibersihkan dijadikan kawasan ladang dan petempatan. Felda Kemendor telah dibangunkan kepada tiga peringkat. Satu persatu kemudahan awam disediakan bagi para peneroka. Pada tahun 1960, sebuah sekolah telah dibina untuk anak-anak peneroka dan ditempatkan di bangunan berhampiran kawasan kem. Tuan Haji Tawi bin Yaakob dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Tuan Hj. Kidam bin Saamin dan Puan Haja Saeiyah binti Yaakob dengan 73 orang murid.

Pada 6 April 2007, semua FELDA di Melaka telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai gugusan Tun Ghafar. Nama ini diambil bersempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan dan pembangunan FELDA khususnya di negeri Hang Tuah ini. Maka sejak itu FELDA Kemendor telah diwartakan dengan nama FELDA Tun Ghafar Kemendor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2020

Memupuk kepentingan menjaga alam sekitar dalam komuniti...baca selanjutnya

SLOT BICARA : APA KHABAR CIKGU? (FACEBOOK LIVE)

Aktiviti Terkini | 26 NOVEMBER 2020

Memberi pendedahan kepada umum tentang situasi pandemik kepada umum....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2020

Menguji kemahiran minda peserta dalam menyelesaikan teka silang kata....baca selanjutnya

TAKLIMAT DAN KUIZ - PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK ‘PERMAINAN DALAM TALIAN : PENGGUNAAN INTERNET BERMASALAH/KETERLALUAN’

Aktiviti Terkini | 26 September 2020

Peserta mendaftarkan diri pada staff PI Kemendor...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Mengadakan pertandingan-pertandingan bertemakan Hari Kemerdekaan....baca selanjutnya

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Memberi maklumat berkenaan insiden kebakaran dan cara mencegahnya....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM ‘KLIK DENGAN BIJAK’

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2020

Memberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA 2020 - BERSAMA JOBSMALAYSIA (PROGRAM "WORLD OF WORK" WOW 5.0)

Aktiviti Terkini | 2 Jan 2020

Memberi penjelasan berkenaan kepentingan kerjaya dan langkah-langkah yang betul dalam mencari pekerjaan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya