Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Felda Kemendor telah dibuka pada tahun 1956. Bermula daripada sebuah kawasan kem komando yang didiami oleh askar British dan Ghurka yang dikeliling hutan belantara, ia dibersihkan dan dijadikan petempatan. Pada awalnya ia dikenali sebagai Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Kemendor. Nama Felda Kemendor diambil daripada kem komando. Namun ada juga yang mengatakan bahawa ia diambil sempena nama seorang buruh Indonesia yang bernama Kang Kandol. Dalam novel karya Usman Awang ada menyatakan bahawa Kemendor pada era 1950an adalah kawasan hitam yang didiami oleh para komunis.Nama Kemendor diambil bersempena dengan nama komando dan kekal sehingga ke hari ini.

Apabila tanah mula dibersihkan dengan bantuan FELDA, petempatan pertama mula didirikan. Para peneroka awal ditempatkan di berek kem tinggalan tentera. Hutan belantara dibersihkan dijadikan kawasan ladang dan petempatan. Felda Kemendor telah dibangunkan kepada tiga peringkat. Satu persatu kemudahan awam disediakan bagi para peneroka. Pada tahun 1960, sebuah sekolah telah dibina untuk anak-anak peneroka dan ditempatkan di bangunan berhampiran kawasan kem. Tuan Haji Tawi bin Yaakob dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Tuan Hj. Kidam bin Saamin dan Puan Haja Saeiyah binti Yaakob dengan 73 orang murid.

Pada 6 April 2007, semua FELDA di Melaka telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai gugusan Tun Ghafar. Nama ini diambil bersempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan dan pembangunan FELDA khususnya di negeri Hang Tuah ini. Maka sejak itu FELDA Kemendor telah diwartakan dengan nama FELDA Tun Ghafar Kemendor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Kuiz Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2017

Dapat menguji peserta tahap kefahaman mereka tentang sirah-sirah kehidupan nabi dan perjuangaan nabi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad SAW... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Taman Seri Kemendor

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Bertujuan memperkenalkan PI1M kepada penduduk, menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Tun Ghaffar Air Kangkung

Aktiviti Terkini | 4 November 2017

Dapat mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar & ICT, menaik taraf komuniti dengan penggunaan jalur lebar, memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukkan penggunaan jalur lebar & ICT... baca selanjutnya

Klik dengan Bijak Bersama Sekolah Kebangsaan Kesang Tua

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2017

Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya

Program Gotong-Royong

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2017

Menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar luar dan dalam PI1M Kemendor... baca selanjutnya

Advokasi dan E-Rezeki

Aktiviti Terkini | 7 September 2017

Dapat memberi pendedahan kepada pelajar serta guru di SMK Seri Tanjong mengenai program Klik dengan Bijak yang menerapkan... baca selanjutnya

Hari Semarak Kemerdekaan ke-60

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2017

Menganjurkan aktiviti pertandingan berasaskan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia kepada kanak-kanak... baca selanjutnya

Jamuan Makan di Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Kemendor, Melaka

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017

Jamuan ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat di Taman Seri Kemendor. Di samping itu, ia dapat menarik lebih ramai pelanggan serta dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Taman Seri Kemendor... baca selanjutnya

Pertandingan Menaip Pantun Raya

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017

Untuk menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan pantun yang paling kreatif berkaitan hari raya aidilfitri... baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru & Hari Ibu

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Bertujuan untuk menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan kad ucapan yang menarik dan menghargai jasa para guru dan ibu.... baca selanjutnya

Pertandingan Kuiz Kahoot (Pengetahuan Umum)

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Menguji minda anak-anak untuk menjawab setiap soalan berkaitan pengetahuan umum dengan pantas... baca selanjutnya

Pertandingan Logik Game Online (Sugar Sugar 3)

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Bertujuan untuk menguji minda anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan logik minda serta.... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2017

Aktiviti sebegini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan YB Kawasan dan masyarakat setempat sekitar Dun RIM... baca selanjutnya

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Dun RIM

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2017

Bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan YB Kawasan dan masyarakat setempat sekitar Dun RIM... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Seri Kemendor ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya