Program Gotong-Royong

8 Oktober 2017 | Ahad
9.00 pagi – 1.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Pusat BDD Taman Seri Kemendor, Melaka

Tujuan:
Membersih dan mengemas kawasan sekitar dalam dan luar PI1M Kemendor. Selain itu, mendidik kanak-kanak serta remaja di kawasan Taman Seri Kemendor menjaga kebersihan dan memupuk semangat kerjasama dalam melakukan tugasan.

Kelebihan:
• Merapatkan hubungan silaturrahim di antara staff dan peserta aktiviti gotong-royong.
• Memupuk semangat kerjasama di antara peserta dalam melakukan tugasan yang diberi.
• Mendidik sikap menjaga kebersihan terhadap diri dan alam sekitar.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar luar dan dalam PI1M Kemendor.

Aktiviti Berkaitan:
• Taklimat dan pembahagian kumpulan bagi kerja gotong-royong.
• Aktiviti gotong-royong dilakukan dalam dan luar kawasan PI1M Kemendor.
• Makan tengahari apabila selesai aktiviti gotong-royong.
• Bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama