PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN MADANI JIWA MERDEKA

Aktiviti terkini | 14 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Taman Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti :
• KRT Taman Seri Kemendor dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Kemendor telah mengadakan Program Bulan Kemerdekaan Madani Jiwa Merdeka bersempena sambutan Hari Malaysia 16 September. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti Pertandingan Congkak, Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan Dam Haji, Pertandingan Batu Seremban dan Pertandingan Mewarna.

Tujuan :
• KRT Taman Seri Kemendor Program Bulan Kemerdekaan Madani Jiwa Merdeka ini bagi mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan penduduk dalam taman dan juga bagi menanam nilai-nilai murni mencintai tanah air yang tercinta dan menghargai jasa jasa pejuang tanah air kita serta menanamkan semangat patriotik di kalangan muda.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kehadiran peserta dan penduduk taman.
• Acara-acara pertandingan dijalankan.
• Majlis Perasmian

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan guru.
• Menambah pengetahuan kemerdekaan Malaysia
• Menarik minat golongan pelajar dalam pengetahuan am.

Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :