PROGRAM PELANCARAN ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK : KASIH KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH TAHUN 2024 (SK KESANG TUA)
Aktiviti terkini |2 Julai 2024Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak padat dengan pengisian yang bermanfaat seperti pameran ilmiah daripada pelbagai agensi, taklimat keselamatan daripada PDRM dan SKMM.
• Taklimat keselamatan penggunaan internet telah disampaikan oleh staf NADI mewakili SKMM.
• Pameran yang disediakan oleh NADI termasuk aktiviti interaktif dalam kalangan pelajar seperti kuiz dalam talian, teka silang kata Klik Dengan Bijak.
Tujuan :
• Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Melaka mengadakan pelaksanaan Program Pelancaran Advokasi Perlindungan Kanak-kanak : Kasih Kanak-kanak Peringkat Daerah Tahun 2024.
• Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin merupakan sekolah pertama yang dipilih bagi pelaksaan program ini.
• Program ini merupakan kerjasama daripada pelbagai agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak.
• Gimik Perasmian Program.
• Sesi Penyampaian Cenderahati.
• Sesi Bergambar VIP dan pelajar SK Kesang Tua.
• Lawatan Mural SK Kesang Tua.
• Taklimat Keselamatan Internet (S.A.F.E.)
• Taklimat Keselamatan PDRM.
• Lawatan Pameran Agensi.
Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kefahaman kanak-kanak tentang keperluan pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak.
• Pendedahan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam isu-isu perlindungan kanak-kanak.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :