Klik dengan Bijak Bersama Sekolah Kebangsaan Kesang Tua
12 Oktober 2017 | Khamis
11.00 pagi – 1.30 petang | Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Melaka
Tujuan:
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
Kelebihan:
Program ini membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,
kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Penglibatan:
Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Guru Tahun 4, 5 & 6, Staff PI1M Air Panas, Kemendor & Kampung Masjid Baru.
Perlaksanaan Aktiviti:
Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak.
Aktiviti Berkaitan:
• Taklimat Klik Dengan Bijak.
-Online Grooming.
-Maklumat Palsu.
-Perkongsian Berlebihan.
-Internet, Teknologi & Anda.
-Pembuli Siber.
• Tayangan Video.
• Kuiz & Hadiah.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: