PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PENDAFTARAN PADU

Aktiviti terkini |16 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Seri Kemendor merupakan salah satu Pusat Ekonomi Digital yang terpilih menjadi Kaunter Fizikal bagi Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
• Setiap PEDi mempunyai Pegawai Pengesah dan Pegawai Pendaftar. Tugas pegawai-pegawai yang hadir adalah untuk membantu pengunjung PEDi yang ingin mendaftar PADU.

Tujuan :
• Menggalakkan pendaftaran PADU bagi komuniti luar bandar.
• PEDi berfungsi sebagai lokasi dan tempat strategik sebagai saluran kepada rakyat mengemaskini maklumat PADU.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pengunjung mendaftarkan diri bersama Pegawai Pendaftar
• Pengesahan identiti dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah
• Maklumat diisi dalam sistem PADU
• Pengesahan dan penghantaran maklumat
• Pengunjung mengisi rekod kedatangan/pendaftaran di buku log kehadiran.

Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan penduduk luar bandar untuk menerima maklumat berkenaan pendaftaran PADU dengan lebih tepat dan efisien.
• Memberi kemudahan kepada pengunjung yang tidak mempunyai capaian internet.

Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :