JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA BERSEMPENA SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO (SMIX) 2023

Aktiviti terkini |14 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Auditorium Aras 1, MITC, Melaka.

Ringkasan Aktiviti :
• Jelajah Saya Digital Negeri Melaka di bawah anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
• Peserta program tersebut terdiri daripada staff Pusat Ekonomi Digital, Rakan Digital, usahawan tempatan dan agensi berkaitan. Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.

Tujuan :
• Memperkenal inisiatif dan peluang dalam keusahawanan digital yang ditawarkan oleh MDEC.
• Perkongsian maklumat berkenaan perniagaan dalam talian, pendapatan tambahan dan kemahiran digital.
• Pendedahan kepentingan keusahawanan digital dalam arus perdana.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Sesi Perkongsian oleh MDEC : Saya Digital
• Kata-kata aluan dan perasmian.
• Taklimat daripada moderator dan panel-panel MDEC.
• Selingan kuiz dan cabutan bertuah.
• Sesi soal jawab.
• Penutup.


Kelebihan Aktiviti :
• Membuka peluang kepada usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan dalam talian.
• Mempromosi fungsi PEDi dalam membantu usahawan tempatan menggunakan usahawan hub.
• Menjalinkan kerjasama antara MDEC bersama staff PEDi dan Rakan Digital.


Nama VIP :
• YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.
• YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :