PROGRAM RIANG RIA MERDEKA: PERTANDINGAN MEWARNA BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 5 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar

Nama VIP :
• Sidang Kampung Klebang Besar, Hamzah Bin Ibrahim


Ringkasan Aktiviti :
PEDi Klebang Besar & PEDi Taman Seri Kemendor telah menganjurkan Program Riang Ria Merdeka bersempena Bulan Kemerdekaan. Agenda utama program ini adalah Pertandingan Mewarna. Pertandingan ini terdiri kepada dua kategori iaitu pelajar Sekolah Menengah dan pelajar Sekolah Rendah. Program juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada ibu bapa dan penduduk setempat.

Tujuan :
• Menganjur program yang melibatkan masyarakat setempat di setiap peringkat umur.
• Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 Tahun.
• Memberi peluang kepada peserta mengasah kemahiran dan kreativiti dalam mewarna.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan taklimat program.
• Peserta bersedia di tempat yang disediakan.
• Pertandingan bermula.
• Kata-kata Aluan daripada Pengurus PEDi Klebang Besar & Sidang Kampung Klebang Besar.
• Penyampaian hadiah dan sesi bergambar.


Kelebihan Aktiviti :
• Menanam semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri peserta sejak di awal usia.
• Mengeratkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan masyarakat setempat.
• Mempromosi kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :