HARI TERBUKA EUSAHAWAN MDEC

Aktiviti terkini |18 November 2023

Tempat Aktiviti:
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT), UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Ringkasan Aktiviti :
• Hari Terbuka eUsahawan MDEC & UteM adalah anjuran bersama Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT).
• Program ini memberi fokus kepada usahawan tempatan yang mahu menggunakan platform digital sebagai salah satu alternatif perniagaan.

Tujuan :
• Memberi pendedahan berkenaan penggunaan digital dalam keusahawanan.
• Menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya yang menjamin masa hadapan.
• Menggalakkan penglibatan belia atau pelajar dalam menggunakan kemahiran digital sebagai sumber pendapatan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Pengenalan penceramah jemputan.
• Perkongsian perniagaan dalam Tiktok
• Kelas affliate dan pembinaan content viral
• Sesi bergambar.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu peserta memulakan perniagaan.
• Memberi pendedahan cara menambah pendapatan sampingan.
• Meningkatkan kebolehpasaran graduan.
• Menambah pengetahuan kemahiran menggunakan media sosial.

Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :