MESYUARAT HALATUJU DAN PERANAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA BERSAMA YB EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA 2023

Aktiviti terkini | 22 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Hotel AMES, Ayer Keroh, Melaka.

Nama VIP :
• Yang Berhormat Encik Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital
• MCMC Negeri Melaka
• Jabatan Penerangan Negeri Melaka
• RTM Negeri Melaka
• Agensi Kerajaan Negeri Melaka


Ringkasan Aktiviti :
Mesyuarat Halatuju dan Peranan Pusat Ekonomi Digitla (PEDi) Negeri Melaka telah diadakan di Hotel AMES, Ayeh Keroh pada 22 Mei 2023. Program ini dihadiri oleh YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka bersama Timbalan Exco, MCMC Pejabat Negeri Melaka, Agensi Kerajaan Negeri Melaka dan Pengurus PEDi Negeri Melaka.


Tujuan :
• Memperkenal peranan dan fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
• Membincangkan halatuju PEDi dalam pembangunan Negeri Melaka.
• Menjalinkan kerjasama antara PEDi dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran ahli mesyuarat
• Ketibaan YB EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka
• Ucapan aluan Pengarah MCMC Negeri Melaka
• Taklimat am berhubung sejarah, peranan dan fungsi PEDi serta statistik berkaitan PEDi Negeri Melaka.
• Pembentangan dari Ketua Kluster PEDi
• Perutusan YB EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital
• Sesi Soal Jawab
• Sesi bergambar.


Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosi kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
• Menetapkan tanda aras dan objektif pembangunan PEDi untuk masa akan datang.
• Menambahbaik perkhidmatan PEDi untuk komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :