PROGRAM MICROBIT

Aktiviti terkini | 17 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor

Nama VIP :
• PEDi Klebang Besar
• PEDi Serkam Maju
• PEDi Sungai Rambai
• PEDi Taman Muhibbah (Merlimau)

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Seri Kemendor telah berkolaborasi bersama PEDi Klebang Besar, PEDi Serkam Maju, PEDi Sungai Rambai dan PEDi Taman Muhibbah (Merlimau) dalam menjayakan Program Micro:bit. Peserta mempelajari asas pengaturcaraan micro:bit Future Skills For All (FS4A). Peserta berpeluang membina projek menggunakan micro:bit dalam kumpulan.

Tujuan :
• Menggunakan pembelajaran sains komputer dengan sumber dan panduan dalam talian melalui Future Skills For All.
• Memastikan Projek Micro:bit berjaya dilaksanakan oleh peserta.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat pembelajaran asas pengaturcaraan Microbit.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Taklimat Future Skills For All (FS4A)
• Pembelajaran asas Sains Komputer dan Reka Bentuk & Teknologi.
• Pembahagian kumpulan Projek Bina Micro:bit
• Penyampaian hadiah.


Kelebihan Aktiviti :
• Menggalak minat peserta dalam sains komputer di awal usia.
• Menjadikan minat pengaturcaraan sebagai langkah pertama dalam membina karier di masa hadapan.
• Membantu peserta yang mengambil subjek Reka Bentuk & Teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :