PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA TAHUN BARU

Aktiviti terkini | 14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Bersempena sambutan Tahun Baru 2023, PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Kampung Sungai Rambai telah menganjurkan pertandingan mewarna. Pertandingan mewarna ini terdiri daripada peserta dalam lingkungan umur 5 tahun hingga 12 tahun.

Tujuan :
• Menyambut tahun baru 2023 dengan aktiviti yang menarik
• Memberi peluang kepada peserta untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing
• Menarik minat golongan muda dalam seni kreatif

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta-peserta pertandingan mewarna
• Taklimat ringkas peraturan pertandingan mewarna
• Peserta memilih tempat yang sesuai untuk mewarna
• Pemilihan pemenang oleh juri yang dilantik
• Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi perhatian kepada bakat-bakat muda yang terdapat dalam komuniti setempat
• Melatih individu menjadi kreatif dalam seni lukis
• Merapatkan jalinan antara PEDi dan komuniti

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :