PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA

Aktiviti terkini | 9 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Sampul Raya. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan diutamakan kepada ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital. Pertandingan ini diadakan bersempena bulan Aidilfitri 2023.


Tujuan :
• Mengadakan aktiviti bermanfaat dan produktif sepanjang bulan Puasa.
• Menyerlahkan kreativiti individu dalam reka bentuk dan kemahiran mewarna sampul raya.
• Merapatkan jurang antara komuniti dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta program
• Taklimat pertandingan mewarna
• Pertandingan mewarna bermula
• Peserta berkumpul untuk penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
• Sesi bergambar.


Kelebihan Aktiviti :
• Melatih individu menjadi lebih aktif dan produktif di bulan puasa.
• Menjadikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai pusat aktiviti komuniti.
• Mempromosi kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :