PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK @ SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH : KERANA DIRIKU AMAT BERHARGA

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka

Nama VIP :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka
• Puan Normariza Abdul Manan
• Encik Mohammad Arif Haron
• Puan Nurfarahin Asnur

Sekolah Kebangsaan Lereh
• Puan Hajjah Rafeah Haji Juni
• Puan Krishnaveni A/P Achebabu
• Puan Saudi Marikan

Ringkasan Aktiviti :
SKMM Negeri Melaka, PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Klebang Besar mengadakan Program Klik Dengan Bijak di SK Lereh. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Lereh. Program ini memberi fokus kepada pengantunan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak

Tujuan :
• Melahirkan murid-murid yang sedar tentang perubahan gaya hidup apabila menjejak usia remaja.
• Memberi tips untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam isu pengantunan seksual.
• Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat Klik Dengan Bijak daripada Pengurus PEDi Klebang Besar dan Pengurus PEDi Taman Seri Kemendor.
• Aktiviti soal jawab dan kuiz bersama murid-murid dan guru.
• Penyampaian hadiah dan cenderahati dari SK Lereh dan SKMM.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada murid-murid untuk memahami tujuan kehidupan seorang manusia.
• Membimbing pelajar meningkatkan tanggungjawab sewaktu menggunakan media sosial.
• Memotivasikan diri para pelajar supaya berhadapan dengan masalah seksual yang memudaratkan kehidupan remaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :