PROGRAM SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Aktiviti terkini | 15 November 2022

Tempat Aktiviti:
Tadika Sinaran Murni, Taman Asia Selatan

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program kerjasama antara PEDi Taman Seri Kemendor, PEDi Sungai Rambai dan Perpustakaan Desa Seri Kesang bersama kanak-kanak Tadika Sinaran Murni bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Tujuan :
Mengadakan aktiviti sempena Hari Kanak-kanak disamping mempromosi Klik Dengan Bijak serta mengetengahkan peranan Pusat Ekonomi Digital dalam kalangan komuniti setempat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peragaan pakaian oleh kanak-kanak.
• Puzzle Alphabet secara berkumpulan.
• Wordsearch Klik Dengan Bijak.
• Aktiviti mewarnakan rama-rama lolipop.
• Edaran brosure mempromosi Pusat Ekonomi Digital dan peraduan teka muka surat buku untuk ibubapa yang hadir.
• Sesi penyampaian hadiah dan jamuan ringan.

Kelebihan Aktiviti :
• Meraikan kanak-kanak sebagai tanda menghargai mereka.
• Menjalin hubungan yang lebih erat bersama komuniti dengan kerjasama antara perpustakaan desa dan tadika.
• Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang program Klik dengan Bijak oleh MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :