FACEBOOK LIVE : HARI MUZIUM ANTARABANGSA - PAMERAN MAYA THE LOST KINGDOMS DAN PAMERAN NOSTALGIA ANAK KAMPUNG : PERMAINAN TRADISIONAL.

Aktiviti terkini | 18 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti :
18 Mei merupakan Hari Muzium Antarabangsa. PEDi Taman Seri Kemendor meraikan hari istimewa tersebut dengan membuat lawatan ke Pameran Maya The Lost Kingdoms dan Pameran Nostalgia Anak Kampung : Permainan Tradisional yang telah dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia secara dalam talian.


Tujuan :
• Memberi kesedaran kepentingan muzium terhadap pembangunan sesebuah negara.
• Mempromosi kemudahan muzium yang tersedia di seluruh negara.
• Menambah ilmu pengetahuan melalui pameran maya yang telah dianjurkan oleh Jabatan Muzium Negara.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memperkenal sejarah pembangunan institusi muzium di Malaysia.
• Melawat Pameran Maya The Lost Kingdoms iaitu pameran berkaitan kerajaan-kerajaan yang pernah menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara.
• Melawat Pameran Maya Nostalgia Anak Kampung : Permainan Tradisional iaitu pameran berkenaan permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi penghargaan kepada institusi muzium dalam mengekalkan dan memelihara artifak sejarah.
• Komuniti dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Muzium Malaysia secara dalam talian.
• Memupuk kesedaran masyarakat dalam memainkan peranan yang penting memelihara khazanah negara untuk generasi yang akan datang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :