FACEBOOK LIVE : FUNENGLISHGAME.COM

Aktiviti terkini | 5 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Seri Kemendor memperkenalkan salah satu sumber pembelajaran Bahasa Inggeris yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah iaitu funenglish.com. Terdapat pelbagai sumber-sumber pembelajaran menarik, interaktif dan mudah difahami di setiap peringkat umur.


Tujuan :
• Memberi galakan dalam memperbaiki kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris.
• Mempelajari Bahasa Inggeris dengan mudah secara dalam talian.
• Memberi panduan menggunakan internet dengan selamat.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menerangkan cara-cara membuat carian dalam talian secara selamat. • Menggunakan laman sesawang englishfungames.com yang mengandungi permainan ilmiah Bahasa Inggeris.
• Memastikan dokumen atau fail yang dimuat turun dalam talian adalah selamat digunakan.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepentingan menguasai pelbagai bahasa khususnya Bahasa Inggeris.
• Membantu tenaga pengajar atau ibu bapa yang memerlukan rujukan tambahan buat pelajar.
• Mempelbagai kaedah pembelajaran dalam dan luar sekolah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :