TAYANGAN FILEM ‘MAT KILAU : KEBANGKITAN PAHLAWAN’

Aktiviti terkini | 23 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Air Panas

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Filem Mat Kilau adalah salah satu filem yang dihasilkan melalui inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) kategori Dana Produksi dan Dana Pemasaran yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Tayangan filem ini adalah anjuran PEDi Air Panas dengan kerjasama PEDi Taman Seri Kemendor.

Tujuan :
• Memberi sokongan kepada industri perfileman tempatan.
• Memupuk semangat patriotisme dalam masyarakat.
• Memberi galakan dalam penglibatan penghasilan filem yang berkualiti.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat ringkas berkaitan peranan K-KOMM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
• Perkongsian latar belakang tokoh sejarah Mat Kilau.
• Tayangan Filem ‘Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan’.
• Perkongsian pendapat dan pengajaran yang terdapat dalam filem.

Kelebihan Aktiviti :
• Hasil karya industri filem tempatan diberi perhatian lebih berbanding filem luar negara.
• Meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.
• Memberi ilham dalam menilai dan menghasilkan filem yang berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :