MAJLIS IFTAR BERSAMA YB MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (K-KOMM)

Aktiviti terkini | 17 April 2022

Tempat Aktiviti:
Grand Ballroom, DoubleTree By Hilton Melaka

Ringkasan Aktiviti :
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Iftar bersama YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Selain daripada berbuka puasa bersama, terdapat sesi Taklimat JENDELA, Point Of Presence (POP) dan PEDi Negeri Melaka oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Melaka, Encik Lokman Bin Ali.


Tujuan :
• Merapatkan silaturrahim dan menyantuni komuniti dengan berbuka puasa bersama di bulan Ramadhan.
• Berkongsi maklumat berkenaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Projek Penyediaan dan Penyelenggaraan Point of Presence (PoP) dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada umum berkaitan usaha SKMM dalam memajukan industri komunikasi di negeri Melaka.
• Memberi kefahaman yang lebih terperinci dalam proses menambah baik infrastruktur digital.
• Memperkenal kemudahan PEDi yang sedia ada dan bakal dibina.


Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti akan lebih memahami tentang proses dalam menyediakan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar.
• Meraikan kepelbagaian pendapat bagi memajukan industri telekomunikasi.
• Memupuk keharmonian di antara pihak Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya serta komuniti yang terlibat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :