FACEBOOK LIVE : WORDWALL FOR PDPR

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti :
Berikutan pandemik yang melanda secara global, sistem pendidikan juga terkesan dan menghadapi beberapa kesulitan. Antaranya adalah sesi pembelajaran menjadi terhad kerana tidak dapat menjalankan kelas secara fizikal atau berdepan. Pusat Internet Komuniti Taman Seri Kemendor memperkenalkan salah satu laman sesawang yang membantu tenaga pengajar dalam menghasilkan pembelajaran berbentuk permainan dalam talian iaitu Wordwall.


Tujuan :
• Tujuan perkongsian secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Seri Kemendor adalah untuk memberi saranan/cadangan kepada tenaga pengajar khususnya dan komuniti secara amnya. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk mencurahkan kreativiti berbentuk digital.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 09.30 pagi : Mula siaran langsung Facebook
• 10.00 pagi : Sesi Soal Jawab
• 10.30 pagi : Tamat


Kelebihan Aktiviti :
• Membincangkan isu semasa berkaitan sistem pendidikan dalam suasana pandemik.
• Memberi saranan dan cadangan dalam kepelbagaian cara yang ada dalam talian yang membantu dalam sesi pembelajaran.
• Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan cara yang betul.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :