SESI LAWATAN RASMI KE PUSAT INTERNET KOMUNITI KLEBANG BESAR

Aktiviti terkini | 7 November 2021

Tempat Aktiviti:
PEDi Klebang Besar

Nama VIP :
• Dato' Mohd Ali Hanafiah Bin Mohd Yunus: Ketua Pegawai Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
• Tuan Roslan Bin Mohamad: Ketua Bahagian Transformasi Dan Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Ringkasan Aktiviti :
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar menerima kunjungan YBhg Dato Mohd Ali Hanafiah Bt Mohd Yunus, Ketua Pegawai Korporat SKMM dan Tn Roslan Bin Mohamad, Ketua Bahagian Transformasi & Koordinasi Negeri SKMM bersama delegasi daripada Pejabat MCMC Negeri Melaka serta Digi Telecommunications Sdn Bhd. Dalam kunjungan selama dua jam itu, pelbagai perkara berkaitan Pusat Internet Komuniti (PIK) dapat diperkenal dan dibincangkan.


Tujuan :
• Sesi Lawatan Rasmi ini dapat menjalinkan hubungan mesra antara MCMC dengan Pusat Internet Komuniti serta mendapatkan sokongan, pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihak bagi menambahbaik lagi fungsi Pusat Internet Komuniti. Selain itu, pelbagai pencapaian Pusat Internet Komuntiti dapat dikongsi bersama pengunjung seperti Usahawan PIK, Kelas ICT dan sebagainya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 09.30 pagi : Persediaan tempat lawatan
• 10.30 pagi : Ketibaan VIP
• 10.40 pagi : Sesi Berkenalan bersama Usahawan PIK
• 11.00 pagi : Sesi pembentangan
• 11.30 pagi : Pemberian Cenderahati
• 12.00 tengahari : Majlis Tamat


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenal Pusat Internet Komuniti kepada pengunjung
• Memperoleh buah fikiran baru dan bertukar pendapat bagi mengkatkan lagi mutu perkhidmatan Pusat Internet Komuniti
• Mempromosi Usahawan PIK


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :