Klik dengan bijak bersama pelajar Tadika Kemas

18 Januari 2019 | Jumaat
2.00 petang – 5.00 petang | Pusat Internet Taman Seri Kemendor, Melaka

Tujuan:
Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar Tadika Kemas. Pendedahan awal ini diharapkan dapat mendidik pelajar supaya dapat menggunakan komputer dengan baik.

Kelebihan:
1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
5. Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai ICT serta menggalakkan penggunaan ICT yang positif.
6. Melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti setempat.

Penglibatan:
Para pelajar.

Aktiviti Berkaitan:
1. Tayangan video dan penerangan.
2. Penerangan.
3. Penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama