Gotong-Royong Merdeka

28 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Kemendor telah mengadakan gotong royong sempena menyambut Bulan Kemerdekaan. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara staff PI1M dengan masyarakat setempat dan menceriakan kawasan Taman Seri Kemendor serta memasang bendera bagi menyambut Bulan Kemerdekaan. Majlis dimulai ketibaan penduduk setempat dan aktiviti gotong royong dijalankan.

Majlis gotong royong ini diserikan dengan ketibaan YB Datuk Hj Ghazale Bin Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (RIM) bagi menyerahkan bendera Malaysia kepada wakil penduduk Taman Seri Kemendor.

Pada sebelah petang diadakan tayangan dokumentari merdeka kepada penduduk di dalam Pusat Internet 1 Malaysia.