Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Felda Kemendor telah dibuka pada tahun 1956. Bermula daripada sebuah kawasan kem komando yang didiami oleh askar British dan Ghurka yang dikeliling hutan belantara, ia dibersihkan dan dijadikan petempatan. Pada awalnya ia dikenali sebagai Tanah Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Felda Kemendor. Nama Felda Kemendor diambil daripada kem komando. Namun ada juga yang mengatakan bahawa ia diambil sempena nama seorang buruh Indonesia yang bernama Kang Kandol. Dalam novel karya Usman Awang ada menyatakan bahawa Kemendor pada era 1950an adalah kawasan hitam yang didiami oleh para komunis.Nama Kemendor diambil bersempena dengan nama komando dan kekal sehingga ke hari ini.

Apabila tanah mula dibersihkan dengan bantuan FELDA, petempatan pertama mula didirikan. Para peneroka awal ditempatkan di berek kem tinggalan tentera. Hutan belantara dibersihkan dijadikan kawasan ladang dan petempatan. Felda Kemendor telah dibangunkan kepada tiga peringkat. Satu persatu kemudahan awam disediakan bagi para peneroka. Pada tahun 1960, sebuah sekolah telah dibina untuk anak-anak peneroka dan ditempatkan di bangunan berhampiran kawasan kem. Tuan Haji Tawi bin Yaakob dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Tuan Hj. Kidam bin Saamin dan Puan Haja Saeiyah binti Yaakob dengan 73 orang murid.

Pada 6 April 2007, semua FELDA di Melaka telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai gugusan Tun Ghafar. Nama ini diambil bersempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba yang begitu banyak berjasa kepada perkembangan dan pembangunan FELDA khususnya di negeri Hang Tuah ini. Maka sejak itu FELDA Kemendor telah diwartakan dengan nama FELDA Tun Ghafar Kemendor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK @ SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH : KERANA DIRIKU AMAT BERHARGA

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2022

Melahirkan murid-murid yang sedar tentang perubahan gaya hidup apabila menjejak usia remaja.........baca selanjutnya

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER MIV 2022 BERSAMA KOMUNITI NEGERI MELAKA

Aktiviti Terkini | 10 Sept 2022

Memberi taklimat tentang peranan sukarelawan dalam menyampaikan pengetahuan literasi digital kepada komuniti........baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN OLEH UGANDA COMMUNICATION COMMISSION (UCC) KE PEDI KLEBANG BESAR

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2022

Melawat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah seliaan Digi............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : BENGKEL APLIKASI POWERPOINT (INFOGRAFIK) SMK SIMPANG BEKOH

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022

Mempelajari asas-asas menggunakan perisian Microsoft PowerPoint...........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : FUNENGLISHGAME.COM.

Aktiviti Terkini | 5 Jun 2022

Memberi galakan dalam memperbaiki kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : HARI MUZIUM ANTARABANGSA - PAMERAN MAYA THE LOST KINGDOMS DAN PAMERAN NOSTALGIA ANAK KAMPUNG : PERMAINAN TRADISIONAL.

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2022

Memberi kesedaran kepentingan muzium terhadap pembangunan sesebuah negara............baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR BERSAMA YB MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (K-KOMM)

Aktiviti Terkini | 17 April 2022

Merapatkan silaturrahim dan menyantuni komuniti dengan berbuka puasa bersama di bulan Ramadhan...........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : LAMAN SESAWANG JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2022

Berkongsi sumber yang sahih bagi mendapatkan maklumat berkaitan meteorologi Malaysia..........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : PERKONGSIAN MENARIK DI JASIN, CORV AGRO FARM

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2022

Mempromosi CORV Agro Farm sebagai salah satu tempat pelancongan di Jasin, Melaka..........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : PART 2 – ALL WITH CANVA : CREATE PRODUCT CATALOG AND SHOPEE BANNER FOR YOUR SHOPEE SHOP

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Menghasilkan halaman Shopee yang lebih tersusun dan menarik.........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya